MOHON SEBARKAN!! PENTING DAN HARUS DIBACA!

Tuesday, 4 October 2016

Polis tahan nelayan hina TMJ di Facebook

Tunku Ismail JOHOR BAHRU - Seorang nelayan ditahan di atas botnya semasa berada di perairan Tenggara, Pulau Tioman hari ini kerana dipercayai menghantar mesej berbaur jelik dan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman sosial Facebook pada Sabtu lepas. Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bertindak atas maklumat, polis menahan nelayan berusia 46 tahun itu yang dipercayai pemilik akaun 'Minah Pendek' pada kira-kira 11 pagi tadi. Beliau berkata, pihaknya menerima dua laporan polis...

Padah buat kenyataan jelik di FB

Johor Bahru: Lelaki ditahan polis di Wakaf Baru, Kelantan, pagi tadi kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook (FB). Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi, atas kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis diterima pihaknya pada 11.27 malam, Khamis lalu, berhubung penyalahgunaan laman media...

Pelajar dicabul kenalan WhatsApp

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan manakala rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit mencabul pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya melalui WhatsApp, di Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri, kelmarin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam tangkapan 3.15 petang itu, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan. Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini, petang Ahad, selepas menyedari mangsa...

Page 1 of 19123Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More