KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan
selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru
dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran
gambar tersebut.
Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima
beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali
melalui telefon.
Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.
Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung...