MOHON SEBARKAN!! PENTING DAN HARUS DIBACA!

Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia

Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

SPESIFIKASI IPAD 3 VS IPAD 2 | Kelebihan New iPad 3 Dibanding iPad 2

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, 29 September 2012

24 Rahsia Disebalik Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut


Bagaimana Nak Atasi Masalah Tidur Berdengkur!


Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.
Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang  tak boleh tidur.
Cara atasi masalah berdengkur:
Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.
Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.
Guna ‘Breathe Right’
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.
Note: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.

10 Kesilapan Besar Si Kulit Berminyak / Berjerawat!


Semua orang nak kan kulit yang halus licin.. pendek kata, flawless. Selain faktor ketidak seimbangan hormon dan faktor genetik, ada dua perkara penting sebenarnya yang kita boleh buat
  • mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak
  • menikmati kulit yang sihat dan cantik
Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.
5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.
8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.
Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:
  • Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
  • Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
  • Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
  • Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan
Bye bye jerawat!

Tips Untuk Anak Pandai English!


Bahasa Inggeris sekarang ni satu keperluan dalam kehidupan. Malah boleh buat duit.Anak pandai bahasa inggeris boleh hantar masuk ‘Spell It Right’. Hadiah ribu ribu tu. Mak ayah tak pandai berbahasa inggeris, macam mana nak ajar anak ni?
Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari  dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.

5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan  malu dan segan untuk ajar anak-anak  dikhalayak ramai. Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda  mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat,  bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa. Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua  untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak  ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak seronok diorang akan enjoy belajar english.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends  dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan  kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak payah lama lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat.  Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak  sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan  mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad perkataan. Yang ni tak  ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Huhhh, nak mendidik anak bukan satu benda yang senang. Pandai buat anak pandai lah didik anak kan? Ingat English is fun, seronok bila kita tahu cara yang betul untuk mengajar anak anak kan?

Wednesday, 26 September 2012

TELADAN OR LAWAK

Wednesday, 12 September 2012

Subhanallah! Permukaan Matahari Yang Sangat Menakjubkan

Secara normalnya, mata kita tidak mampu untuk melihat matahari. Silauan cahaya matahari benar-benar menyakitkan mata kita. Namun itu tidak menghalang usaha seseorang individu untuk tampil melihat gambar permukaan matahari dengan menggunakan teleskop yang paling canggih. Apabila gambar tersebut berjaya dirakamkan, ternyata betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Jom lihat gambar di bawah ini.
















Gambar-gambar menakjubkan ini merupakan permukaan matahari dari hasil fotografi yang dilakukan oleh seorang ahli Astronomi bernama Paul Andrews. Gambar-gambar ini memperlihatkan permukaan matahari dengan terperinci yang sangat luar biasa, diambil menggunakan teleskop canggih dari sebuah taman di Bay St. Margaret, Kent, Dover United Kingdom.

Teleskop baru Mr Andrews memiliki lensa berdiameter enam inci yang dilengkapi sebuah alat untuk menapis cahaya matahari yang berbahaya.

Tuesday, 11 September 2012

Kreatif! Helmet Ini Boleh Dilipat (5 Foto)

Sukar untuk kita lihat sesebuah helmet itu boleh dilipat apatah lagi bentuk fizikalnya yang dibuat keras. Namun helmet atau topi keledar istimewa ini adalah dikhaskan untuk penunanggang basikal sahaja untuk aktiviti beriadah mahupun lasak. Topi keledar boleh dilipat yang telah direka oleh Carrera ini merupakansatu revolusi untuk keselamatan diri penunggang basikal di dalam bandar. Reka bentuk topi keledar ini telah diilhamkan oleh sebuah topi keledar pistards tua yang dibuat daripada kulit.

















Ia mempunyai bingkai yang sangat fleksibel dan mampu memberikan keselesaan terbaik kepada pengguna. Dengan tiada kompromi tentang keselamatan, anda mampu mendapatkan kesesuaian apabila memakainya hasil daripada pemasangan sistem anjal.

Topi keledar ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan pada basikal dan boleh dilipat serta disimpan di dalam beg apabila anda tidak mahu menggunakannya. Tahap tertinggi untuk keselamatan standard topi keledar ini adalah dijamin.

Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah korang tengok awan yang seram atau luar biasa di langit? Banyak kejadian seperti ini telah direkodkan. Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni! P/S: Melihat awan ciptaan Allah dapat menghasilkan pahala dan damai di hati. Ianya kerana setiap hidupan yang dicipta Allah di dunia ini sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah. Kita ni bagaimana?


























10 Mouse Termahal Di Dunia (9 Foto)





Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif. Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.





























Sunday, 9 September 2012

5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Paling Mahal (Menarik!)


Banyak negara-negara yang majumemperkuatkan lagi pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat-alat peperangan dan kenderaan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Antara negara contoh adalah di Amerika, lihat sahaja kenderaan untuk tenteranya yang agak mahal. Jom lihat gambar di bawah ini.

1. 1.Northrop Grumman B-2 Spirit




The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.

Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).

Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.

2. Bell-Boeing V-22 Osprey




Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.

Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

3. USS George H.W. Bush (CVN-77)




Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.

Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II




F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.

F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.

5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet




F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.

Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.

Lelaki Aneh Makan Bedak Dan Sabun Selama 17 Tahun



Mungkin inilah kali pertama kita mendengar seorang lelaki mempunyai satu tabiat pelik. Tabiat pelik tersebut adalah dia gemar makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Bagaimanapun, lelaki aneh ini tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. Jom kita tengok rupa lelaki aneh yang makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Murah kot bedak dan sabun dari makanan kot…



Friday, 7 September 2012

6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat (Menarik!)



Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

7 Langkah Cegah Bau Kaki (Menarik!)



Masalah bau kaki kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.

1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

Petua Mengatasi Tumit Pecah Dan Merekah (Menarik!)



Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah tumit pecah yang berlarutan sehingga hari ini. Namun di sini ada penyelesaiannya bagimana untuk kita merawat masalah tumit pecah. Ia tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi hanya cukup mengamalkan petua orang-orang lama dan Insha Allah dengan izinNya, ia akan pulih sediakala. Jom lihat apakah petua tersebut.

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More